13 prinsip kepercayaan Maimonides

Di dalam ulasannya terhadap Mishneh (tractate Sanhedrin, bab 10), Maimonides merumuskan 13 prinsip imannya. Semua itu merumuskan apa yang dipandangnya sebagai kepercayaan agama Yahudi yang dikehendaki berhubung dengan:

  1. Kewujudan Tuhan
  2. Keesaan Tuhan
  3. Kerohanian dan kebatinan Tuhan
  4. Keabadian Tuhan
  5. Tuhan satu-satunya objek sembahan
  6. Wahyu kepada nabi-nabi
  7. Keunggulan Nabi Musa di kalangan para nabi
  8. Syariat Tuhan yang diturunkan di Gunung Sinai
  9. Kelestarian Torah sebagai Syariat Tuhan
  10. Pengetahuan lebih dahulu Tuhan tentang perbuatan manusia
  11. Balasan baik dan balasan buruk
  12. Kedatangan al-Masih
  13. Kebangkitan semula orang mati

Prinsip-prinsip ini menjadi kontroversi ketika pertama kali diutarakan, lalu mengundang kritikan daripada Rabbi Hasdai Crescas dan Rabbi Joseph Albo, dan sebenarnya tidak dipedulikan oleh ramai masyarakat Yahudi selama beberapa kurun berikutnya. ("Dogma in Medieval Jewish Thought," Menachem Kellner). Bagaimana pun, prinsip-prinsip ini telah diterima secara meluas: hari ini, Yahudi Ortodoks berpendapat bahawa kepercayaan-kepercayaan ini suatu kewajipan.[petikan diperlukan] Dua penyataan semula prinsip-prinsip ini dalam bentuk puisi (Ani Ma'amin dan Yigdal) akhirnya dikanunkan di dalam "siddur" (buku doa Yahudi).

Rujukan

WikiPedia: Maimonides http://www.library.dal.ca/kellogg/Bioethics/codes/... http://www.achgut.com/dadgdx/index.php/dadgd/artic... http://www.aish.com/spirituality/philosophy/Maimon... http://faur.derushah.com/articlesbyhakhamjosefaur.... http://www.derushapublishing.com/siddur-mesorath-m... http://www.encyclopaediajudaica.com/sample-article... http://www.floridajewishnews.com/site/a/major_gran... http://jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=905&l... http://www.jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=9... http://fr.jpost.com/servlet/Satellite?cid=12096270...